Sunday, March 13, 2011

Wajib Tahu Sebelum Bermula




Langkah Pertama

1.Dapatkan Info

Dapatkan sebanyak mungkin info sebelum anda memulakan apa jua bentuk pelaburan termasuk pelaburan di dalam produk berasaskan emas. Ini kerana setiap pelaburan mempunyai risikonya yang tersendiri. Dalam erti kata lain, tiada pelaburan sempurna di dunia ini. Semakin mantap ilmu anda tentang suatu pelaburan, maka semakin besar peluang Anda untuk menjana keuntungan yang berlipat ganda. Begitu pula sebaliknya. Jadi, melaburlah untuk diri sendiri serta keluarga anda yang tercinta dengan sentiasa menambahkan ilmu pengetahuan.

Beberapa hal yang anda wabib tahu tentang emas:

1) Emas adalah pelaburan jangka masa sederhana dan panjang. Tempoh masa untuk mendapatkan keuntungan dari pelaburan emas adalah setahun dan ke atas.
2) Dalam jangka masa pendek harga emas sentiasa ada naik turunnya. Tetapi dalam jangka masa panjang harganya semakin meningkat.
3) Pelaburan emas adalah pelaburan yang terletak pada anda sendiri. Anda tidak memerlukan orang lain untuk menjalankan pelaburan emas Anda. Menyertai skim pelaburan emas adalah cara yang mudah untuk terjebak dalam kerugian. Hanya orang tamak sahaja yang ingin cepat untung tanpa usaha.
4) Emas adalah salah satu barangan ribawi atau barangan yang boleh terlibat dengan riba yang diharamkan oleh Allah. Justeru, selain perlu mempelajari tentang pelaburan emas, kita wajib juga mempelajari tentang hukum-hakam yang berkenaan dengan emas. Tiada ertinya kita memperolehi keuntungan duniawi yang berlipat ganda apabila di akhirat kita mendapat siksa yang tidak terperi sakitnya!


2. Membeli Emas

Untuk memulakan pelaburan emas, Anda mesti membeli emas pertama Anda. Pilihlah jenis emas yang paling sesuai menurut selera Anda.


3. Bagaimana anda mendapatkan Keuntungan?

Untuk mendapatkan keuntungan dari emas, Anda perlu menjualnya. Jika tidak, Anda hanya merasa mendapat keuntungan dari kenaikan harga emas tetapi Anda tidak boleh memanfaatkan keuntungan tersebut. Nilai emas Anda memang meningkat tetapi untuk memanfaatkan keuntungan tersebut Anda mesti menukarnya dengan wang terlebih dahulu.

Selamat Melabur!

No comments:

Post a Comment