Sunday, April 17, 2011

Harga Emas Semakin Naik



HARGA emas dijangka meningkat sehingga RM4,840 satu auns pada tahun ini. – Gambar hiasan

LONDON – Harga emas dunia diramal meningkat sebanyak 13 peratus pada tahun ini menjadikan harga logam itu mencecah sehingga AS$1,600 (RM4,840) bagi satu auns (28.3 gram).

Kenaikan itu berterusan sejak 2001 didorong oleh kebimbangan terhadap inflasi yang tinggi dan kadar faedah global yang rendah.

“Kami tidak akan terkejut jika melihat harga emas melepasi AS$1,600 sebelum hujung tahun ini,” kata Pengerusi Eksekutif firma penyelidikan GFMS Ltd., Philip Klapwijk dalam laporan terbarunya yang disiarkan semalam.

Ramalan itu tidak berubah daripada jangkaan awal yang dikeluarkan pada Januari lalu selepas harga emas mencatat harga tertinggi dalam sejarah iaitu AS$1,478.18 (RM4,472.23) bagi setiap auns di London pada Isnin lalu.

“Para pelabur terus bimbang mengenai inflasi dan kerajaan-kerajaan dilihat kurang berminat untuk mengetatkan polisi kewangan. Kedudukan kewangan kerajaan juga menjadi alasan kenapa pelabur kekal fokus terhadap pasaran emas.

“Penerimaan kenaikan harga oleh para pengguna akan membantu meningkatkan permintaan terhadap barang kemas selain menyediakan platform kukuh untuk pelabur menaikkan harga emas menjadi lebih tinggi,” kata Klapwijk.

Petikan dari akhbar Kosmo,16 April 2011

Komentar:
Bagi sesiapa yang belum lagi memulakan langkah pertama dalam menukar portfolio pelaburan mereka, maka lakukanlah sekarang sebelum terlambat. Jika anda sayang keluarga anda, simpanlah emas. Jika anda sayangi negara anda, belilah emas, jika anda sayangi ugama anda, gunakanlah emas".

Saturday, April 16, 2011

50 Fakta Menarik Tentang Emas

50 Fakta Menarik Tentang Emas

Fakta-Fakta Menarik Tentang Emas:-
1. Emas adalah wang, duit dan harta dari Zaman Manusia mula menemui emas.
2. Emas adalah salah satu unsur kimia dengan simbol Au (Aurum)
3. Nombor atom untuk emas adalah 79
4. Emas telah dijadikan sebagai syiling,barang kemas,hiasan sejak zaman dahulu kala lagi apabila tamadun manusia mula pandai merekod.




5. Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan aluvial


6. Sifat fizikal emas adalah berkilat,lembut dan padat.
7. Emas adalah logam paling lembut di Muka Bumi
8. Emas adalah logam yang paling mudah ditempa di dunia.
9. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun didalam air
10. Emas digunakan sebagai logam untuk matawang.
Ia adalah simbol kemewahan dan simpanan kekayaan individu.






11. Emas dikaitkan dengan semua ideologi, agama dan simbol samada Islam, hindu ataupun aties.
12. Dikatakan sebanyak 161,000 ton (161juta kilogram) emas telah digali dari muka bumi.
13. Didalam era industri moden, emas digunakan sebagai konduktor didalam mesin elektronik, penebat luar satelit dan industri kesihatan seperti pergigian.
14. Emas tidak berkarat dan merupakan konduktor elektrik terbaik.
15. Emas adalah logam peralihan.
16. Emas adalah unsur paling pasif dan sangat kurang bertindak balas dengan unsur lain.
17. Emas satu-satunya unsur yang tidak larut didalam Asid Nitrik.
Logam-logam lain seperti Silver (Si) dan logam lain bertindak balas dengan Asid Nitrik.
18. Asid Nitrik adalah larutan utama digunakan untuk menentukan ketulenan emas.




19. Pada tahun 2008, China telah memintas Afrika Selatan sebagai pengeluar terbesar emas didunia.
Ini kali pertama berlaku sejak Afrika Selatan mula mengeluarkan emas pada tahun 1905.
20. Dalam sejarah manusia, 161,000 ton emas yang telah digali dapat mengisi hanya dapat mengisi 2 kolam saiz olimpik.
21. 1 Ounce (31.3grams) emas jika ditempa akan menjadi kepingan halus seluas 300 kaki persegi (3300meter persegi) ~(57m x 57m)
22. Emas tulen boleh ditempa sehalus mungkin sehingga menjadi hampir transparent.
23. Emas boleh dijadikan aloi bersama logam-logam yang lain.(perak,kuprum)
24. Aloi yang dihasilkan dari emas boleh mengubah:-

* Kekerasan
* Kekuatan
* Sifat kelogaman(metallugical)
* Suhu lebur
* Perubahan warna sesuatu kualiti emas.


25. Emas digunakan didalam industri moden sebagai konduktor haba dan elektrik.




26. Emas memantulkan dengan kuat sinaran Infra-red
27. Emas tidak bertindakbalas dengan udara,kelembapan dan agen hakisan yang kuat
28. Ion emas sentiasa mengalami proses penurunan dan mendapan:-

* Hasilnya adalah logam emas padu.

29. Emas tulen 24 Karat tidak mempunyai rasa dan bau.
30. Emas sangat tumpat:-

* 1 meter padu emas adalah seberat 19,300kg

31. Warna emas tulen adalah kuning metalik.




32. Hanya Emas,Cesium dan tembaga adalah unsur logam yang tidak berwarna putih ataupun kelabu (Cesium, 55)
33. Emas mempunyai tindak balas berlainan bergantung kepada kesan relativistic yang berlaku pada satu atom pada orbital atomnya (79 – 2.8.18.18.32.1)
34. Aloi emas berwarna merah rose boleh dihasilkan dengan campuran beberapa komposisi copper (tembaga) dan Silver (perak)





35. Emas hanya mempunyai 1 bentuk isotop sahaja dalam bentuk semulajadinya.
36. Emas digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai tambatan matawang.
Jumlah emas yang disimpan bank negara = wang yang dicetak

37. Jumlah emas didalam dunia adalah terhad dan pengeluarannya tidak lagi memberi kesan kepada ekonomi dunia.
38. Pada hari ini, pengeluaran emas semakin berkurang.
39. Pada kurun ke-20, simpanan emas dunia dan pasaran urusniaganya semakin kecil dan kadar nilaiannya adalah tetap.
40. Ketika bermulanya perang dunia pertama, negara-negara yang terlibat dalam perang kembali menggunakan emas untuk membiayai kempen peperangan masing-masing.
41. Selepas perang dunia kedua, emas digantikan dengan tukaran matawang kertas mengikut kaedah Bretton Woods.



42. Nilai standard emas dan nilai tukaran terus kepada nilai matawang telah dihentikan dan kini ia digantikan dengan nilai tukaran tetap.
43. Switzerland adalah negara terakhir yang menambat matawang mereka (sebanyak 40%) pada nilai emas selepas menganggotai Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun 1999
44. Emas tulen adalah sangat lembut untuk digunakan seharian dan biasanya ia dialoikan dengan logam lain untuk menjadikan ia lebih keras.
45. Kandungan emas didalam aloi diukur menggunkan unit Karat (k)
46. Emas tulen diukur sebagai 24karat(k)
47. Syiling emas yang dikeluarkan sejak tahun 1526 sehingga 1930 adalah dalam bentuk emas 22karat (916).




48. Emas untuk pelaburan tidak memerlukan sifat mekanikal seperti keras, kuat untuk dipakai jadi ianya biasa dibentuk kepada emas 24karat.
49. Syiling emas yang dikeluarkan oleh negara tertentu seperti American Gold Eagle, British Gold Sovereign dan South Africa Krugerran adalah dalam bentuk 22 Karat.
50. Emas paling tulen didunia dikeluarkan oleh Canada dalam bentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan 99.999% emas.


Ehsan dari : http://www.bulliondinar.com/2010/08/50-fakta-menarik-tentang-emas.html

Saturday, April 2, 2011

Wang Kertas: Penipuan Terbesar Dalam Sejarah Manusia



Hari ini kalau ada yang berazam untuk tidak mahu menggunakan wang kertas ,orang berkenaan ‘wajib’ berpindah ke dalam hutan. Begitu sekali sekeping wang kertas bergelar ‘not’ menguasai seluruh kehidupan manusia.

“Apa itu wang kertas?” Wacana tentang riba dan wang emas tidak mungkin lengkap kalau tidak menyentuh soal wang kertas kerana kedua-dua matawang ini dan riba ada hubung kaitnya dari segi sejarah.

Sejarah mencatatkan bahawa antara wang yang paling awal muncul di dunia ini adalah wang emas yang digunakan pada empayar Rom di Eropah, berkurun lama sebelum kedatangan Islam di bumi Arab. Wang emas terus digunakan oleh dunia Islam dan bahagian-bahagian dunia yang lain setelah keadatangan Nabi Muhammad s.a.w. Kearajaan Melayu Melaka pada kurun ke-14 Masehi juga menggunakan wang emas.

Namun, penggunaannya berakhir pada 1924 berikut runtuhnya kerajaan Khilafah Islamiah terakhir iaitu Khalifah Uthmaniah yang berpusat di Istanbul, Turki. Selepas itu, dunia beralih kepada wang kertas yang bersandarkan emas.

Namun, sejarah wang kertas diwarnai misteri, tipu daya dan pembelitan yang dahsyat. Warga Amerika Syarikat, G Edward Griffin dalam buku The Creature From Jekyll Island berkata bahawa titik bermulanya penipuan wang kertas adalah pada 1910. Mesyuarat misteri di pulau Jekyll pada tahun itu membawa kepada penubuhan the Federal Reserve Department (FRD) pada tahun 1913 yang keahliannya bukan di kalangan rakyat atau institusi kerajaan Amerika Syarikat . Sebaliknya dianggotai oleh syarikat milik persendirian asing. Penggunaan perkataan ‘federal’ (persekutuan) ke atas sesuatu yang berbentuk persendirian adalah pembohongan yang nyata. Kongres Amerika Syarikat pula terpaksa meluluskannya secara curi-curi.

Jabatan ini kemudiannya mentadbir segala urusan kewangan Negara Amerika Syarikat., antaranya mencetak wang kertas Dolar Amerika dan memperkenalkan Fractional Reserve Bangking (FRB) atau Fractional Reserve Requirement (FRR) yang menjadi asas perjalanan sesebuah bank. Sehingga hari ini, FRB digunakakn oleh industri perbankan di seluruh dunia termasuk Malaysia untuk mencipta wangsesuka hati dalam jumlah yang berlipat kali ganda melebihi kekayaan sebenar.

Berikutan penubuhan FRD, banyak peristiwa besar berlaku sehingga membolehkan British mengusai Bandar Jerusalem pada 1919. Penguasaan itu menandakan berakhirnya era Perang Salib yang berlangsung selama 250 tahun antara umat Islam dan Kristian. Dinia pun berubah dengan mendadak. Kemuncaknya ialah kejatuhan Kerajaan Khalifah Uthmaniah.

Peristiwa demi peristiwa terus mengejutkan dunia, antaranya Perang Dunia Pertama dan krisis ekonomi dunia besar-besaran pada 1929. Pada 1944, muncul pula perjanjian Bretton Woods yang melibatkan 44 buah Negara dunia yang bersetuju untuk menyandarkan mata wang kertas masing-masing kepada Dolar Amerika dengan jaminan bahawa USD35 bersamaan dengan satu auns emas.

Negara-negara dunia tidak lagi menyandarkan mata wang kertas kepada rizab emas masing-masing seperti sebelum ini. Setahun selepas Dolar Amerika mendapat ‘daulat’ berkenaan, International Monetory Fund (IMF) pun ditubuhkan. Pada 1948, Negara Israel mendapat pengiktirafan sebagai sebuah Negara berdaulat di tengah-tengah Negara Palestin yang sah.

Seterusnya pada 1971, kerajaan Amerika Syarikat pimpinan Ricard Nixon hampir bankrap gara-gara Perang Vietnam dan masalah deficit imbangan pembayaran yang berterusan. Tuntutan rasmi terhadap rizab emas Amerika Syarikat melambung kepada USD32 bilion sedangkan rizab emas yang ada hanya satu pertiga. Keyakinan terhadap Dolar Amerika punah. Berduyun-duyun bank pusat negara lain memeras ugut Amerika Syarikat dengan cara menebus pegangan Dolar Amerika masing-masing. Emas mengalir keluar dari Amerika Syarikat lalu dengan sendirinya meruntuhkan nilai Dolar Amerika.

Namun Amerika licik bertindak dengan memutuskan ikatan antara Dolar Amerika dan emas. Ini bermakna Amerika Syarikat memungkiri perjanjian Bretton Woods dan bertindak secara unilateral untuk menguburkan system piawaian emas.

Selepas 15 ogos 1971, doalr tidak lagi bersandarkan kepada emas. Sejak itu, nilai dolar ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing. Kesannya, semua matawang dunia berubah menjadi matawang fiat iaitu matawang yang bernilai sifar. Ini bermakna setiap Negara bebas mencetak wang kertas tana perlu bersandarkan kepada apa-apa rizab. Kalau ada pun, ia dalam jumlah yang kecil seperti yang ditetapkan oleh Special Drawing Rights IMF. Bayangkan betapa liciknya permainan ini.

Pun begitu apa jua tipu daya tetap ada kelemahannya seperti mana yang disebut oleh Allah dalam al-Quran, Firmannya yang bermaksud:

“Orang-orang yang beriman dan berperang di jalan Allah dan orang-orang yang kafir berjalan di jalan thaghut, sebab itu perangi lah kawan-kawan syaitan itu kerana tipu daya syaitan itu adalah lemah.” [surah an-Nisa’, ayat 76]

Sekarang, ‘tabir’ yang melindungi wajah sebenar wang kertas semakin terungkai. Dunia mula mengetahui apa ada di sebalik wang kertas. Wang kertas tidak mempunyai nilai intrinsik seperti mana wang sebenar (contohnya emas, perak, sebakul barangan dan lain-lain).

Nilai yang dicetak di atas wang kertas kini ditentukan oleh kerajaan yang mengeluarkannya dan kuasa pasaran (market forces). Ini bermakna nilainya bergantung kepada permintaan dan manipulasi pihak yang mengeluarkannya. Ia hanya lah ‘janji’ untuk membayar dan pihak yang mengeluarkannya tidak semesti menunaikan ‘janji’ itu. Atas inilah, sebagai contoh, pada wang kertas Ringgit Malaysia yang kita gunakan sekarang, tercetak ayat, “wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai….”.

Wang kertas digelar fiat kerana ia bukan berbentuk komoditi tetapi dikeluarkan oleh pihak tertentu dan dijamin nilainya oleh pihak yang mengeluarkan. Pengertian sebenar disebalik wang kertas ialah sekadar ‘sekeping kertas’ yang diterima pakai untuk semua urusan jual beli. Asas penerimaan kertas ini hanya atas dasar kepercayaan terhadapnya.Kepercayaan semata-mata! Itu sahaja! Sekiranya di suatu masa kelak, semua orang hilang kepercayaan terhadap ‘kertas ini’ lalu ia tidak lagi berguna, sekalipun jumlahnya berguni.

Sejarah membuktikan bahawa dalam peperangan mata wang sesebuah Negara dilanda krisis akan hancur lalu wang kertas dilambakkan seperti bukit di satu tempat dan dimansuhkan dengan cara membakarnya hingga hangus. Di Malaysia, sebahagian besar generasi sebelum merdeka masih lagi mengingati istilah ‘duit pisang’ atau ‘duit Jepun’ yang menyaksikan berguni duit kertas tidak mampu untuk membeli secawan beras. Ungkapan ‘duit tak laku’ bukan lah sesuatu yang asing buat orang lama yang pernah melalui pengalamn buruk itu.

Selain wang kertas, wang fiat juga merujuk kepada wang dalam bentuk angka dalam akaun, hutang-hutang yang dikeluarkan oleh bank atau institusi kewangan dan kad plastic digital. Wang ini tidak disokong oleh apa-apa aset yang nyata. Nilainya mudah dimainkan oleh speculator matawang yang berniat jahat, tamak dan tidak berperikemanusian.

Krisis ekonomi Asia pada 1997 adalah contoh yang paling dekat dengan kita. Spekulasi dan manipulasi menyebabkan berlaku susut nilai matawang atau lebih buruk, matawang itu langsung tidak bernilai. Keadaan yang dinamakan ‘money meltdown’ ini sudah pun berlaku dalam tahun-tahun kebelakangan (kejatuhan Dolar Amerika pada 1973 dan 1980). Keadaan ini pasti akan berulang. Krisis ekonomi dunia diramal menjadi lebih teruk berbanding pada tahun 1929.

Sistem ekonomi kapitalis, bank dan institusi kewangan dengan cara tidak bertanggungjawab telah mencipta wang fiat dengan banyak di pasaran sehingga menyebabkan inflasi. Wang itu dicipta melalui kepelbagaian deposit, memberi hutang dan mengenakan faedah. Setiap wang fiat yang didepositkan ke dalam bank akan mencambahkan tiga wang fiat lagi yang boleh diberikan kepada individu dan syarikat perniagaan. Ekonomi ini adalah ekonomi palsu yang tidak berasaskan kepada pengeluaran sebenar.

Sesetengah kerajaan mencetak wang sewenang-wenang tanpa bersandarkan kepada pengeluaran sebenar dalam Negara bagi kepentingan pemerintah dan pengekalan kuasa.

Apabila semakin banyak wang dicetak, nilai wang fiat akan berkurangan dan menyebabkan inflasi. Kuasa beli rakyat pula akan berkurangan. Satu wang fiat tidak memungkinkan kita membeli barangan yang sama kita beli seperti sepuluh tahun yang lalu. Ini menjadikan nilai wang kertas fiat hanya terletak pada barangan yang kita beli hari ini. Sebagai contoh, tiga puluh tahun lalu, seseorang yang bergaji RM 1000 sebulan mampu memiliki kereta import berjenama dan sebuah banglo. Hari ini, gaji sebanyak RM20,000 sebulan belum tentu menjanjikan kereta import dan banglo. Harga barangan menjadi terlalu tinggi iaitu meningkat berkali ganda berbanding peningkatan dalam pendapatan.

Orang sekarang berkerja siang dan malam serta melakukan bermacam-macam jenis pekerjaan, tetapi masih berada di dalam keadaan kekurangan. Harta pada hakikatnya dimiliki oleh bank atau institusi kewangan. Hampir semua orang berhutang dengan bank atau institusi keewangan dan pada bila-bila masa boleh menjadi papa kedana kerana hutang itu. Malah hutang bank juga boleh diwarisi sehingga ke anak cucu.

Kadar pengangguran dan kegagalan syarikat perniagaan pula semakin meningkat dari hari ke hari. Semua ini angkara sistem kewangan fiat yang menyebabkan ekonomi berkembang secara tidak stabil serta mewujudkan jurang besar antara golongan berada dengan golongan tidak berada.

Jelas wang kertas adalah wang yang tidak adil dan tidak jujur. Apabila Amerika Syarikat meluluskan penubuhan FRD dan Amerika Syarikat mengadakan perjanjian Bretton Woods pada 1944, seluruh ummah sebenarnya sudah ditipu ‘hidup-hidup’. Inilah penipuan terbesar dalam sejarah manusia.
Sumber : Milenia Muslim, Julai 2009

Wang Anda Dalam Bahaya




Fiat Currency: Using the Past to See into the Future

The Daily Reckoning Presents:

Fiat Money -Toilet Paper Money

The history of fiat money, to put it kindly, has been one of failure. In fact, EVERY fiat currency since the Romans first began the practice in the first century has ended in devaluation and eventual collapse, of not only the currency, but of the economy that housed the fiat currency as well.

Why would it be different here in the U.S.? Well, in actuality, it hasn’t been. In fact, in our short history, we’ve already had several failed attempts at using paper currency, and it is my opinion that today’s dollars are no different than the continentals issued during the Revolutionary War. But I will get into that in a moment. In the meantime, I will show you that fiat currencies have not been successful, and the only aspect of fiat currencies that have stood the test of time is the inability of political systems to prevent the devaluation and debasement of this toilet paper money by letting the printing presses run wild.

Fiat Money -Rome — The Denarius

Although Rome didn’t actually have paper money, it provided one of the first examples of true debasement of a currency. The denarius, Rome’s coinage of the time, was, essentially, pure silver at the beginning of the first century A.D. By A.D. 54, Emperor Nero had entered the scene, and the denarius was approximately 94% silver. By around A.D.100, the denarius’ silver content was down to 85%.

Emperors that succeeded Nero liked the idea of devaluing their currency in order to pay the bills and increase their own wealth. By 218, the denarius was down to 43% silver, and in 244, Emperor Philip the Arab had the silver content dropped to 0.05%. Around the time of Rome’s collapse, the denarius contained only 0.02% silver and virtually nobody accepted it as a medium of exchange or a store of value.

Fiat Money -China — Flying Money

When the Chinese first started using paper money, they called it “flying money,” because it could just fly from your hands. The reason for the issuance of paper money is simple. There was a copper shortage, so banks had switched to the use of iron coinage. These iron coins became overissued and fell in value.

In the 11th century, a bank in the Szechuan province of China issued paper money in exchange for the iron coins. Initially, this was fine, because the paper money was exchangeable for gold, silver, or silk. Eventually, inflation began to take hold, as China was funding an ongoing war with the Mongols, which it eventually lost.

Genghis Khan won this war, but the Mongols didn’t assume immediate control over China as they pushed westward to conquer more lands. Genghis Khan’s grandson Kublai Khan united China and assumed the emperorship. After running into some setbacks with paper currency, Kublai eventually had some success with fiat money. In fact, Marco Polo said of Kublai Khan and the use of paper currency:

“You might say that [Kublai] has the secret of alchemy in perfection…the Khan causes every year to be made such a vast quantity of this money, which costs him nothing, that it must equal in amount all the treasure of the world.”

Even Helicopter Ben would be impressed. Marco Polo went on to say:

“This was the most brilliant period in the history of China. Kublai Khan, after subduing and uniting the whole country and adding Burma, Cochin China, and Tonkin to the empire, entered upon a series of internal improvements and civil reforms, which raised the country he had conquered to the highest rank of civilization, power, and progress.”

Wait a second, I thought we were bashing fiat currencies here…Can anyone say crackup boom? Since Marco Polo experienced this firsthand, and has been very helpful to us thus far, I think I will allow him to finish his analysis of China’s paper money experiment.

“Population and trade had greatly increased, but the emissions of paper notes were suffered to largely outrun both…All the beneficial effects of a currency that is allowed to expand with a growth of population and trade were now turned into those evil effects that flow from a currency emitted in excess of such growth. These effects were not slow to develop themselves…The best families in the empire were ruined, a new set of men came into the control of public affairs, and the country became the scene of internecine warfare and confusion.”

I wonder if Keynes read Marco Polo’s experiences with Chinese fiat currencies when he said that the U.S. government should just bury bottles full of money in old mine shafts to spur economic growth.

Fiat Money -France — Livres, Assignats, and Francs

The French have been particularly unsuccessful in their attempts with fiat money.

John Law was the first man to introduce paper money to France. The notion of paper money was greatly helped along by the passing of Louis XIV and the 3 billion livres of debt that he left.

When Louis XV was old enough to make his own mistakes, he required that all taxes be paid in paper money. The currency was backed by coinage…until people actually wanted coins.

The theme of the day…the new paper currency rapidly became oversupplied until nobody wished to own the worthless junk anymore and demanded coinage for their currency.

Oops. It looks like Law didn’t think that anyone would actually want coins ever again. After making it illegal to export any gold or silver, and the failed attempts by the locals to exchange their paper currency for something of actual value, the currency collapsed.

John Law became the most hated man in France and was forced to flee to Italy.

In the latter part of the 18th century, the French government again tried to give paper money another go. This time, the pieces of garbage they issued were called assignats. By 1795, inflation of assignats was running at approximately 13,000%. Oops.Then Napoleon stepped on the scene and brought with him the gold franc. One of the good things that Napoleon realized is that gold is the way of a stable currency, and that’s what pretty much ensued during his reign.

After Waterloo had come and gone, the French gave it another go in the 1930s, this time with the paper franc. It took only 12 years for them to inflate their currency until it lost 99% of its value. History has proven a couple things about the French: 1) They are quick to surrender and 2) They are very talented at making worthless currency.

Weimar Germany — Mark
Post-World War I Weimar Germany was one of the greatest periods of hyperinflation that ever existed. The Treaty of Versailles was essentially a financial punishment placed on Germany to make reparations.

The sums of money to be paid by Germany were enormous, and the only way it could make repayment was by running the printing press. (Huge unpayable debt — that sounds familiar. I wonder what the solution in the U.S. will be.)

Inflation got so bad in this period that German citizens were literally using stacks of marks to heat their furnaces. Here is a brief timeline of the marks per one U.S. dollar exchange rate:

April 1919: 12 marks

November 1921: 263 marks

January 1923: 17,000 marks

August 1923: 4.621 million marks

October 1923: 25.26 billion marks

December 1923: 4.2 trillion marks.

Fiat Money -More Recent Times

In recent times, fiat failures have become more common occurrences. For the sake of time, I won’t go into extensive details of all these examples of paper money failures, because there are SO many. But here you have it:

In 1932, Argentina had the eighth largest economy in the world before its currency collapsed. In 1992, Finland, Italy, and Norway had currency shocks that spread through Europe.

In 1994, Mexico went through the infamous “Tequila Hangover,” which sent the peso tumbling and spread economic hardships throughout Latin America.

In 1997, the Thai baht fell through the floor and the effects spread to Malaysia, the Philippines, Indonesia, Hong Kong, and South Korea.

The Russian ruble was not the currency you wanted your investments denominated in in 1998, after its devaluation brought on economic recession. In the early 21st century, we have seen the Turkish lira experience strokes of hyperinflation similar to that of the mark of Weimar Germany.

In present times, we have Zimbabwe, which was once considered the breadbasket of Africa and was one of the wealthiest countries on the continent. Now Mugabe’s attempts at price controls, combined with hyperinflation, have the nation unable to supply the most basic essentials such as bread and clean water.

Fiat Money -Lessons to Be Learned

Here in the U.S., I should say the lessons were not learned. There are many consistencies from the above-mentioned stories that led up to the eventual collapse of the currencies.

The scary thing is that the U.S. has some of these above-mentioned characteristics, the ones that lead to toilet paper money becoming just that. More on that in just a second. I would first like to give a brief look at the U.S. attempts with paper money in our short history.

The first attempt with paper money came in 1690 with the issuance of Colonial notes. The first Colonial notes were issued in Massachusetts and were redeemable for gold, silver, corn, cattle and other commodities.

The other Colonies quickly jumped on the toilet paper money bandwagon and began issuing their own paper currencies. Like a broken record, the money quickly became overissued. The lessons of John Law and others were definitely not learned. It is not good enough just to say that a currency is backed by commodities. It actually HAS to be backed by commodities. Essentially, it was still a fiat money, and in a short period of time, Colonials became as good as toilet paper.

The next experiment came during the Revolutionary War. Big surprise — the issuance of paper money was used to finance the war efforts. This time, the currency was called a continental.

The crash of the continental was spectacular, and the phrase “not worth a continental” was coined. This brought on a large distrust for paper currency, and until 1913, toilet paper money in the U.S. wasn’t used. Enter the infamous Federal Reserve and its monopoly on money and interest rates. Now we have the greenback.

Although the money was “officially” backed by a gold standard until 1971, it wasn’t a true gold standard. When the government found it inconvenient to have a gold standard, it just made it illegal for U.S. citizens to hold gold or exchange dollars for gold.

As reported on Strike-the-root.com:

“Under the infallible leadership of President Franklin Roosevelt, it was made illegal to own gold. On March 11, 1933, he issued an order forbidding banks to make gold payments. On April 5, Roosevelt ordered all citizens to surrender their gold — no person could hold more than $100 in gold coins, except for collector’s coins. He also made it unlawful to export gold for payment abroad, unless done through the Treasury. The penalty for defying Roosevelt was 10 years in prison and a $250,000 fine.”

But the official demise of the dollar was locked into place in 1971 when “Tricky Dick” Nixon completely severed all ties between the dollar and the gold standard. During the decade that followed, the U.S. experienced some of the worst inflation in its history, only matched by today’s U.S. monetary and fiscal irresponsibility.

The U.S. of A. has all the characteristics set in place that have led to the collapse of every other fiat currency money in history.

We are currently at war, and the financing of this war is extremely inflationary. In fact, if you look back at our history, since 1914, the U.S has engaged in 16 military conflicts. We have been involved in some form of violent international accord in 44 of the past 93 years. The overwhelming majority of military conflicts result in monetary inflation.

The U.S. has a debt similar to that of Weimar Germany. All though the reasons for the debt are completely different, it appears thatthis Mount Everest of IOUs is going to be impossible to pay back. I guess the U.S. could just print 10 trillion dollar bills and hand them out, but the implications of such actions are obvious.
We are currently increasing the supply of dollars at a rate of 13% per annum. This overissuance of a currency has been the leading indicator of a currency on the brink.

So what’s in the future for the dollar?

Some, myself included, might say that the dollar has already failed. It has lost over 92% of its value since its initial issuance in 1913. After the revaluation in 1934, the dollar dropped another 41%. In my opinion, it already is toilet paper money, but for the above-mentioned characteristics, which are alarmingly similar to the circumstances that led up to the eventual collapse of the dollar’s toilet paper predecessors, I believe that we have seen only the tip of the iceberg of the dollar’s inevitable path toward becoming toilet paper money.

Until Next Time,
Nick Jones

Ehsan dari : http://dailyreckoning.com/fiat-currency/#ixzz1IQSuxFiP

Berniaga Emas Tidak Salah - Bank Negara Malaysia




Tuan,
Kami merujuk kepada emel tuan bertarikh 13 Februari 2011 mengenai
perkara di atas.
Kami ingin memaklumkan bahawa aktiviti membeli atau menjual emas
bukanlah di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia (Bank).
Sehubungan dengan ini, tiada lesen khas atau kebenaran untuk berniaga emas diperlukan daripada Bank.
Walau bagaimanapun, kami ingin menasihati
pihak tuan agar berhati-hati terhadap apa-apa bentuk skim pelaburan
berbentuk emas yang menawarkan pulangan yang tinggi kepada para pelabur.
Jika skim pelaburan tersebut jelas menawarkan peluang pelaburan dengan
mengutip wang orang ramai dan kutipan atau pelaburan tersebut diberi
pulangan mengikut jangkamasa tertentu yang mana pelaburan asal juga
boleh diambil semula, ianya mungkin menyalahi seksyen 25(1) Akta Bank
dan Institusi Kewangan (ABIK). Aktiviti pelaburan seperti yang disebut
di atas adalah menyalahi undang-undang. Sekiranya tuan melabur di sini,
sebarang kerugian adalah ditanggung sendiri. Kami mengesyorkan agar
tuan hanya melabur di institusi-institusi kewangan yang berlesen sahaja.
Untuk kemudahan tuan mengenal pasti sama ada sesebuah institusi
kewangan/syarikat itu berlesen dengan Bank atau sebaliknya, sila rujuk
senarai institusi kewangan/syarikat yang diberi lesen oleh Bank di laman
web kami seperti di pautan berikut:
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=17&pg=54&ac=57
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=17&pg=54&ac=57
Sekiranya syarikat/institusi kewangan tersebut TIDAK TERSENARAI di dalam
laman web kami, bermakna syarikat tersebut TIDAK DIBERI LESEN oleh Bank
untuk menjalankan operasi atau menawarkan produk/perkhidmatan kewangan.
Sekiranya tuan mempunyai maklumat berkenaan pengambilan deposit secara
haram ataupun urusniaga wang asing secara haram, atau mangsa kepada
aktiviti atau penipuan tersebut, hantarkan maklumat terperinci atau
aduan beserta dokumen-dokumen sokongan ke Bank di alamat berikut:
Unit Penyiasatan Khas
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
Faks: 03-26987467
E-mail: bnmtelelink@bnm.gov.my
Bersama-sama ini turut dilampirkan panduan kepada pengguna berkaitan
isu-isu kewangan untuk makluman.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang amaran penipuan kewangan, sila
layari
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=216&pg=701&ac=98 dan
http://www.bnm.gov.my/microsites/fraudalert/index.htm
http://www.bnm.gov.my/microsites/fraudalert/index.htm
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perbankan, insurans & takaful,
sila layari
http://www.bankinginfo.com.my/ http://www.bankinginfo.com.my/ &
http://www.insuranceinfo.com.my/ http://www.insuranceinfo.com.my/
Terima kasih.
Fadhilah bt Zainal Abidin
BNMTELELINK
Bank Negara Malaysia
No Tel : 1-300-88-5465
No Faks : 03-21741515
Emel: bnmtelelink@bnm.gov.my
Ehsan dari http://amazinggold.blogspot.com/

Friday, April 1, 2011

Jom Simpan Dinar Emas




Salam untuk semua pembaca budiman. Di dalam Al Quran Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia, kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, longgokan harta benda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda, lagi terlatih, dan binatang-binatang serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu adalah kesenangan hidup di dunia(yang bersifat sementara). dan (ingatlah), pada sisi Allah adalah tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga yang kekal abadi).
(Surah Ali Imran, ayat 14)

Ayat di atas dengan jelas menggambarkan betapa emas dan perak di samping lain-lain barangan sememangnya menjadi kebanggan kepada pemiliknya. Bila kita berbicara tentang emas, bukan bermaksud kita ingin menggantikan penggunaan ringgit Malaysia dengan dinar emas. Ini kerana sehingga kini tidak ada pihak yang sanggup untuk melaksanakannya kerana beberapa sebab.

Antara sebab tersebut ialah wujudnya perjanjian di peringkat antarabangsa, yang memutuskan bahawa emas dan perak tidak lagi boleh dijadikan mata wang dalam ekonomi semasa. Kewujudan dinar-dinar emas yang dicetak serta dipasarkan sekarang sama sekali tidak bertentangan dengan peraturan dan amalan bank negara, kerana pada tahun 2003 yang lalu, Bank Negara sendiri pernah memperkenalkan wadah dinar kepada rakyat (Kijang Emas). Sehingga hari ini, orang ramai masih boleh membeli dinar, yang ditempah dan dijual oleh The Royal Mint dengan tiada apa-apa masalah.
Sememangnya budaya ekonomi Islam adalah berteraskan dinar dan dirham. Dalam al-Quranul karim, perkataan dinar dan dirham ada termaktub dalam Surah Ali Imran ayat 75 dan juga dalam surah Yusof ayat 20.
Maksudnya:
Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya.
(Surah Ali Imran : 75)

Di dalam ayat yang lain Allah s.w.t berfirman yang Maksudnya:

Dan (setelah berlaku perundingan), dan adik beradik Nabi Yusuf telah menjual Yusuf dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja...
Kedua-dua ayat al-Quran ini menceritakan, bahawa penggunaan wang dinar dan dirham, telah pun berlangsung sejak ribuan tahun, sebelum kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w lagi.
Selain daripada ayat al-Quran, terdapat banyak hadis-hadis yang menceritakan, tentang penggunaan dinar dan dirham sebagai matawang, sehingga ke zaman Rasulullah s.a.w, sebagaimana sabda baginda maksudnya:

"Dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah, dinar yang engkau belanjakannya dalam membebaskan hamba. Dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin. dan dinar yang engkau belanjakannya untuk ahli keluarga kamu. Yang paling besar pahalanya (di sisi Allah) ialah dinar yang kamu belanjakannya untuk (memenuhi keperluan dan membangunkan potensi hidup) ahli keluarga kamu.

Dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis di atas membuktikan bahawa, asas sistem matawang yang digunakan di sepanjang sejarah ketamadunan manusia, sejak zaman nabi-nabi yang terdahulu, sehinggalah ke zaman Nabi Muhammad s.a.w, adalah dalam bentuk mata wang dinar dan dirham.

Bahkan sistem inilah, yang telah diamalkan di sepanjang pemerintahan Khulafa' ar-Rasyidin, sehingga berakhirnya zaman pemerintahan kerajaan atau Khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1924 Masihi.(Untuk ditukar dengan sistem sekular Ataturk dan telah menimbulkan seribu satu masalah kepada manusia.

Sejarah juga telah membuktikan bahawa negeri Kelantan berada di bawah jajahan takluk Kerajaan Siam suatu ketika dahulu, pihak Kerajaan Kelantan sentiasa membayar ufti kepada kerajaan Siam pada setiap tahun, dengan menghantarkan sebilangan kepingan-kepingan wang emas, yang digubah dalam bentuk bunga emas. Ini membuktikan bahawa, penggunaan wang dinar emas bukan hanya digunakan umat Islam di Timur Tengah sahaja, tetapi telah digunakan secara meluas sehingga ke Asia Tenggara, termasuk Negeri Kelantan sejak ratusan tahun yang lalu.

Saranan supaya kembali kepada penggunaan wang dinar emas, sebagai teras ekonomi pada zaman globalisasi ini, bukanlah dimonopoli oleh penganut agama Islam sahaja. Bahkan ramai jua ahli-ahli ekonomi dari kalangan bukan Islam, yang inginkan wang komoditi, khasnya dalam bentuk kepingan emas dan perak kerana kestabilan dan jaminan kebebasan yang dikandungnya.

Mereka berpendapat, alasan utama mengapa sistem wang komoditi seperti dinar emas, tidak dibenarkan oleh pihak-pihak tertentu, bukanlah disebabkan kekurangan kemahiran teknikal tetapi kerana wang komoditi mampu menggantikan sistem monetari konvensional.
Oleh kerana penggantian tersebut boleh menjadi ancaman besar, khasnya kepada kepentingan ekonomi Amerika dan Yahudi sedunia menyebabkan pihak-pihak yang berkepentingan itu gemar membuat alasan bahawa kononnya jika emas dan dinar dijadikan sebagai matawang ia akan mudah tercicir, atau poket akan cepat tembus, kerana berat membawa wang dari emas.

Emas telah menjadi piawai bagi mata wang dunia, selama beribu-ribu tahun, sehinggalah ia diganti kepada wang kertas dollar hanya pada awal tahun 1970-an. Wang dollar tidak lagi disandarkan kepada emas, tetapi nilainya turun naik mengikut gelora permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing.

Justeru, kita perlu melihat usaha pengembalian dinar dan dirham ini, sebagai usaha menegakkan sistem ekonomi yang lebih adil dan lebih telus. Ianya sebagai satu tanggungjawab untuk mengembalikan semula kefahaman umat Islam khasnya, berhubung peradaban dan sejarah penggunaan dinar dan dirham, serta bertujuan untuk memberi kesedaran dan keyakinan, terhadap penggunaan dinar dan dirham sebagai alternatif kepada sistem matawang, terutamanya dengan mempelopori penggunaan dinar sebagai simpanan, mas kahwin, membayar zakat, pemberian hadiah, dan sedekah untuk bekal akhirat sebagai harta cagaran di pusat-pusat gadaian ar-Rahnu, sebagai upah kepada perkhidmatan atau sumabangan yang tertentu dan sebagainya.

Dinar emas yang dilancarkan pada 27 Syaaban 1427 hijriah, bersamaan 20 September 2006 telah mendapat sambutan luar biasa dari rakyat Kelantan, bahkan juga dari pelancong-pelancong dan pelawat-pelawat dari luar Kelantan juga.

Mereka membeli samaada sebagai cenderamata, mahupun untuk lain-lain kegunaan mengikut keperluan masing-masing. Ini semua membuktikan bahawa, usaha ke arah mengembalikan semula penggunaan mata wang dinar, mempunyai masa depan yang amat cerah, dan akan mendapat sokongan daripada pelbagai masyarakat di seluruh dunia, tanpa mengira agama, bangsa, bahasa dan budaya.

Penggunaan dinar emas sepatutnya diberi sokongan yang sepenuhnya oleh para pemimpin negara bukan hanya kepada perjuangan "Gold Dinar Economy" kerana ia merupakan satu perjuangan suci, yang dapat menyatukan dan mendaulatkan kembali umat Islam serta negara-negara kecil sedunia, daripada terus dijajah dan dibuli oleh kuasa besar ekonomi dunia.

Ada cadangan dibuat supaya kerajaan Malaysia mengambil langkah positif, dengan meneruskan cadangan dan landasan yang telah dimulakan oleh Tun Dr Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri dahulu, bagi menggunakan emas dalam perdagangan antara negara-negara OIC.

Perkara ini bukan merupakan isu ekonomi semata-mata. Ia sebaliknya mengandungi kemaslahatan umum yang bersifat sejagat, yang perlu diperjuangkan secara konsisten oleh kita semua. Jika negara-negara Kesatuan Eropah boleh menggunakan matawang mereka sendiri, dengan nama mata wang Euro, mengapa tidak kita negara-negara OIC menggunakan mata wang dinar?

Kita serahkan kepada pakar-pakar ekonomi kita, untuk terus berjuang memberi kefahaman kepada masyarakat Islam, terutamanya pimpinan dan golongan cendikiawan.

Ehsan dari :
http://nogori.blogspot.com/2010/05/ucapan-menteri-besar-kelantan-tentang.html